Kamaboko di pelbagai daerah Jepun Kamaboko

  • Saiku kamaboko (kamaboko berseni)
Kamaboko yang dibentuk dengan bentuk ikan kakap atau mizuhiki, digunakan sebagai cenderamata yang diagihkan kepada tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan. Tradisi ini terdapat di Maizuru dan Toyama. Kamaboko berharga mahal dengan bentuk ikan kakap berskala 1:1 sering diberikan kepada tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan yang mewah.
  • Haben
Di Toyama, kamaboko dipanggil Habén dan tidak dibentuk di atas sepotong kayu tetapi dibentuk seperti gulungan tamagoyaki.
  • Sasa-kamaboko (kamaboko bambu)
Di bandar Sendai, kamaboko tidak menggunakan alas sepotong kayu, tapi dibentuk seperti daun buluh (sasa) dan ditusuk dengan tusukan dari buluh. Sasa-kamaboko digunakan sebagai hadiah dan buah tangan khas Sendai.
  • Yaki-kamaboko (kamaboko panggang)
Di daerah Kansai, orang lebih menyukai kamaboko yang bahagian atasnya dipanggang hingga berwarna keemasan.